Bengkel 1Nita untuk Wanita Malaysia

Thursday, September 29, 2011

Istiqamah amalan selepas Madrasah Ramadhan

Alhamdulillah sebulan berlalu Ramadhan yang dirindui dan sebulan lagi berlalu Syawal yang disanjungi dengan kejayaan latihan tarbiyyah bulan Ramadhan. Syukur kerana Allah masih memberi nafas untuk teruskan kehidupan di dunia yang fana' ini yang penuh dengan cabaran seribu liku.

Al Fatihah untuk saudara, kawan dan taulan yang dipanggil Allah untuk bersama Nya dalam bulan Ramadhan yang lalu. Semoga Allah cucuri RahmatNya atas roh mereka dan dikumpulkan bersama-sama mereka yang bertaqwa. Amin.

Bagi kita yang masih bernyawa teruskanlah amalan harian yang telah ditarbiyyahkan sebulan bulan Ramadhan yang lalu dengan rutin harian yang mantap bermula dengan bangun malam sehingga tidur semula. Cuba tanya diri ini (diriku dulu di sini) adakah:

1. Solatku tepat pada waktunya dan berjemaah di masjid berdekatan?
2. Bangun malam munajatku berterusan dan istiqamah (aku lemah di sini...Allah bantulah hambamu ini....:| ?
3. Derma masih berterusan walaupun Ramadhan sudah berakhir?
4. Tadarus Alquran bersama anak-anak & isteri juga berterusan?
5. Fikir dan zikir juga menghiasi detik-detik perjalanan harian?

Cukup rasanya persoalan ini setakat itu kerana aku sendiri takut masih jauh dapat mengamalkannya tetapi biarlah aku berkata kerana kata-kata ini akan menguatkan diriku dahulu untuk mengamalkannya.

Untuk memantapkan lagi ciri-ciri ibadah kita seperti biasa carilah ilmu samada melalui pembacann atau berguru dan sememangnya berguru lebih tepat.

Banyak buku-buku boleh di beli dengan mudah sekarang tanpa keluar dari rumah:
http://www.stormreaders.net/Saad

Selamat berIstiqamah sehingg kita tiada lagi di dunia yang Fana' ini....

Yang masih merangkak ber'amal,

HambaAllah,
Saad Abdullah

Sunday, July 17, 2011

Makanan Roh untuk hadapi bulan penuh Rahmat

Berjumpa kembali setelah setahun membisu........
Tiada dapat digambarkan betapa lajunya masa beredar dan rasanya baru sekejap ditinggal blog ini tetapi sudah melangkau setahun dengan berbagai-bagai dugaan hidup...ujian Allah untuk hamba ini yang masih belum dapat rasa 'cinta' yang sejati.....ingat pada Nya...Amin

Bagaimana persediaan untuk hadapai Bulan penuh Rahmat dan Rohani yang disebalik tabir meninjau kehadiran dengan lambaian segar iaitu RAMADHAN...RAMADHAN...

Sudah tentu puasa sunat Rejab dan Syaaban dipenuhi dengan sunat dan qada wajib juga ini merupakan satu bentuk persediaan kebulan Ramadhan agar disambut dengan ceria hati dan minda dan fizikal yang betul-betul mantap. Jangan di akhir-akhir ketibaan baru tercari-cari buku amaln puasa dan kelebihannya dan terlupa berapa hari yang hendak diqada'.....

Untuk mendapat santapan rohani maka dianjurkan dapat mencari-cari bahan-bahannya di sini secara maya tanpa kena duit minyak, tol, 'parking' dan 'jam' di jalanraya. Bahan akan dihantar kerumah setelah dibuat pesanan:

http://tinyurl.com/iqrak

Selamat menghadapi bulan Ramadhan. Yang nak khenduri cepat-cepat buat dan boleh saja jemput saya yang agak 'free' ini buat masa ini. Juga saya mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya dan yang masih belum selesai urusan dengan saya harap dapat hubungi sebab saya juga memerlukannya dalam keadaan sekarang :)

Salam hormat & Ramadhan Almubarak
Yang fana',
-saad-