Bengkel 1Nita untuk Wanita Malaysia

Monday, December 28, 2009

Ilmu dari berbagai punca....

Lama dah tak menulis kerana dah agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat. Tapi satu ilmu baru saya belajar ketika itu ialah untuk menurunkan berat badan. Alhamdulillah, dapat turun 4 kilogram. Sekarang tengah dalam +- 2kg. Makan seperti biasa tapi berat taklah naik sangat. Program ini meraka panggil 'Healthpoint'. Ilmu baru menjaga badan sejurus itu juga menjaga kesihatan...... Jika ada kesempatan saya akan perpanjangkan Ilmu ini....jika ada yang sedia mendengar dan 'amalkan'.

Sekian, Terima Kasih.

Monday, May 11, 2009

ILMU - cara online juga offline

Dah lama tak menulis...setengah bulan dan selama itu sy dah mulakan praktikal denagn menggalakkan anak-anak sendiri membaca buku-buku yang diblei di Pesta Buka Antarabangsa. Tapi bagi buku-buku yang boleh membuka minda kearah menjadi usahawan..ayahnya ini pun tehgah belajar nak jadi :0. Secara online juga kita leh tambah ilmu seperti TV online ceramah yang dalam post saya yang lalu, amat bermunafaat tapi yang penting kita amalkan kemudian sampaikan.....Ya jangan lupa jika kita sampaikan Allah akan tambah ilmu kita sebab kita akan lebih faham dan lebih menyuruh diri terlebih dahulu melakukannya....Jadi sesama kita SAMPAIKAN....

Saturday, April 18, 2009

Al-Muttaqin TV | Sumber Media Ilmiah : Papar Video

Al-Muttaqin TV | Sumber Media Ilmiah : Papar Video

IQRA' = Bacalah..maka bermula perjalanan ILMU

Minggu ini ada Pesta Buku Antarabangasa di PWTC. Maka buatlah perancangan untuk kesana bagi melabur sedikit masa dan wang untuk sama-sama kita memulakan perjalanan atau yang sudah bermula untuk menambah lagi khazanah buku bagi menambah ilmu bukan menambah buku-buku dirak buku sahaja :). Tapi tidak mengapa apa jua niat kita yang penting kita sudah memulakan langkah untuk menjadi orang yang berjaya dan juga mengAMALkan surah Al-'Alaq. Sehari selembar benang lama-lama jadi kain kata pepatah Melayu...jumpa di Pesta Buku esok!!

Tuesday, March 31, 2009

ILMU Yang Bermunafaat

Kita sambung sembang-sembang lagi pasal ILMU. Untuk munafaatkan Ilmu maka pertama sekali Amalkan dulu kemudian sampaikan agar berpanjangan. Jika yang mendengarnya mengamalkan maka tuan juga mendapat pahala dan seterusnya tak putus-putus. Suatu pelaburan yang amat menguntungkan...PAHALA PASIF..:) Demikianlah pahala sahabat Nabi seperti Abu Bakar yang bertimbun-timbun sehingga hari Kiamat....

Sekarang tengah nak Hafaz Surah Qiamat dengan tafsir maknanya sekali...amat menggerunkan..Jadi cuba selak-selak Surah ke 75 ini..dan jika mampu hafazkan juga...saya mula dulu :)

Monday, March 23, 2009

Susulan kepada ILMU

Setiap ILMU yang dipelajari sepatutnya di AMALkan agar di penghujungnya adalah penghasilan hasil yang baik...Jika harini aku pelajari agar 'senyum' pada sesiapa sahaja maka mulakan ia hari ini.. Pernah terbaca dari buku mengenai 'attitude' agar kita 'Senyum untuk seseorang bukan Senyum padanya'...

Jadi apa tunggu lagi 'Senyum' tuan-tuan kerana "Senyum itu suatu sedekah" iaitu berpahala setiap yang melakukannya..Mulakan dari diri kamu dahulu...

Ya saya sedang :) maka tuan puan pun yang membaca ini juga balaslah senyum saya ni :)))

Selamat mencuba kerana ia akan berjangkit...dlm bahasa inggerisnya 'Contagious'

Tuesday, March 3, 2009

ILmu Bak buih di lautan malah lebih dari itu......

Mencari ilmu dari buaian sampai liang lahad...suatu perumpamaan yang amat bermakna bagi penuntut ilmu yang begitu banyak bak buih dilautan malah lebih dari itu, teruslah mencari Nya sehingga ketitisan darah terakhir di atas katil pemergian mu dari mukabumi yang fana' ini.

Sesuatu yang aku pelajari tempuh hari iaitu berfikir seperti majikan jika ingin mulakan bisnes sendiri. Juga cari sesuatu dalam lautan biru (Blue Ocean Strategy) amat memulas akan ke'taakulan' otak memikirkan sesuatu yang lain dari yang kebiasaan dalam Lautan Merah....yg tak faham kena belajar atau baca dari buku....tapi dapat kefahaman dari mentor lebih bermakna dalam sanubari..:)

Saturday, February 14, 2009

Tindakan saya bermula...

Kita mengatakan 'tindakan' selepas suatu pembacaan amat perlu dalam mendapat 'hasil' daripadanya. Jadi saya sendiri memulakannya walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit wang sebagai pelaburan atas ILMU yang dikatakan berfikiran secara logik..sekali lagi TAAKULAN. Jadi sebagai orang panggil 'newbie' saya mulakan langkah untuk bersama mereka yang telah berjaya.

Sesiapa yang ingin bersama mengharungi perjalanan ini pastikan klik di sini:

http://awesomemarketer.com/secure/4bw/5737

Selamat memulakan (YES!!) suatu TINDAKAN yang berBALOI!!!

Jumpa lagi :)

Sunday, January 25, 2009

Apa tindakan kita?

Alhamdulillah...bukan setakat tahu tapi kena lah diamalkan. So seminggu lalu sya telah mulakan anak kembali makan kurma (sememang semua suka) ikut sukatan ganjil. Begitu juga telah beli sekotak kismis sekiranya mereka mula bosan makan kurma kita tukar pula.. Nasi lemak dah kurangkan..Kemudian sudah tentu usaha dan diikuti dengan doa kepada yang Maha Penentu Segalanya. Semoga berjaya InsyaALLAH.

Sunday, January 18, 2009

Hmmm...Apa itu Taakulan?

Saya ingin berterimakasih pada pakar motivasi secara santai iaitu Dr. HM Tuah Iskandar al Haj atas perkataan apabila saya membaca bukunya 'Nak ke Tak Nak'. Macam mana tuan-puan? Ada tercetus apa-apa di kepala tu?...Maknanya, ye maknanya...tunggu.....
Taakulan adalah kebolehan berfikir secara logik.....ya biasanya orang seperti ini berada di atas ye di puncak. Kalau orang sekarang kata jadi 'kepala' biasanya..Subjek yang berkeliaran sekita Matematik dan Sains katanya..berat ni lebih-lebih lagi anak-anak kita sekarang ni yang mengharungi dilema bahasa yang bersesuaian untuk mencapai tahap kemahiran subjek-subjek ini....Fikir-fikirkan lah...