Bengkel 1Nita untuk Wanita Malaysia

Saturday, March 13, 2010

Peluang Tambah ILMU dalam StormReaders

Salam Mesra dari meja catatan saya....
Akhirnya saya mencuba satu peluang menyertai satu cabang dalam menambah ILMU sambil menyebarkannya dan juga meraih peluang sampingan memulakan bisnes sendiri tetapi produk orang lain :)...Disamping itu berpandukan jalan SYARIAT Agama ISLAM yang dipantau Ustaz yang berILMU serta bertanggungjawab.... ini yang saya cari-cari selama ini agar apa yang kita lakukan bertepatan dengan KehendakNYA agar yang kita raih berkat dan selamat Dunia Akhirat.

Jika tuan/puan ingin sertai dan tahu lebih lanjut lawatilah laman http://www.stormreaders.net/Saad

Bersama kita menambah ILMU serta menambah pendapatan seperti orang kata 2 dalam 1

Selamat mengkaji dan jika inigin beli saja atau jadi ahli lawatilah:
http://www.stormreaders.net/Saad

Salam Hormat dari meja Saad....

Thursday, March 11, 2010

Harta Peninggalan ku untuk Anak-anakku

Ku tiada harta setinggi gunung hanya yang dapat ku tinggalkan untukmu anak-anakku hanya harta yang ku curahkan iaitu ILMU. Sekalian manusia mencari harta sehinggakan lupa menimba harta yang ini, yang diAMANAHkan pada kita untuk mencari sehingga ke liang lahad....tetap kita diajar oleh Tuan Imam untuk menghadapai persoalan kubur...ya soalan-soalan bocor tapi bukan lidah kita akan menjawab tetapi AMALAN kita.

Sama-sama kita tinggalkan ILMU Akhirat untuk anak-anak dan juga ILMU dunia untuk mereka mengolah Dunia yang hanya sekadar untuk hidupyang sementara di dunia yang menjadi jambatan Akhirat...
"Ya Allah letakkanlah dunisa ini di tanganku tetapi biarlah AKHIRAT itu di lubuk Hatiku, Amin"