Bengkel 1Nita untuk Wanita Malaysia

Tuesday, March 31, 2009

ILMU Yang Bermunafaat

Kita sambung sembang-sembang lagi pasal ILMU. Untuk munafaatkan Ilmu maka pertama sekali Amalkan dulu kemudian sampaikan agar berpanjangan. Jika yang mendengarnya mengamalkan maka tuan juga mendapat pahala dan seterusnya tak putus-putus. Suatu pelaburan yang amat menguntungkan...PAHALA PASIF..:) Demikianlah pahala sahabat Nabi seperti Abu Bakar yang bertimbun-timbun sehingga hari Kiamat....

Sekarang tengah nak Hafaz Surah Qiamat dengan tafsir maknanya sekali...amat menggerunkan..Jadi cuba selak-selak Surah ke 75 ini..dan jika mampu hafazkan juga...saya mula dulu :)

Monday, March 23, 2009

Susulan kepada ILMU

Setiap ILMU yang dipelajari sepatutnya di AMALkan agar di penghujungnya adalah penghasilan hasil yang baik...Jika harini aku pelajari agar 'senyum' pada sesiapa sahaja maka mulakan ia hari ini.. Pernah terbaca dari buku mengenai 'attitude' agar kita 'Senyum untuk seseorang bukan Senyum padanya'...

Jadi apa tunggu lagi 'Senyum' tuan-tuan kerana "Senyum itu suatu sedekah" iaitu berpahala setiap yang melakukannya..Mulakan dari diri kamu dahulu...

Ya saya sedang :) maka tuan puan pun yang membaca ini juga balaslah senyum saya ni :)))

Selamat mencuba kerana ia akan berjangkit...dlm bahasa inggerisnya 'Contagious'

Tuesday, March 3, 2009

ILmu Bak buih di lautan malah lebih dari itu......

Mencari ilmu dari buaian sampai liang lahad...suatu perumpamaan yang amat bermakna bagi penuntut ilmu yang begitu banyak bak buih dilautan malah lebih dari itu, teruslah mencari Nya sehingga ketitisan darah terakhir di atas katil pemergian mu dari mukabumi yang fana' ini.

Sesuatu yang aku pelajari tempuh hari iaitu berfikir seperti majikan jika ingin mulakan bisnes sendiri. Juga cari sesuatu dalam lautan biru (Blue Ocean Strategy) amat memulas akan ke'taakulan' otak memikirkan sesuatu yang lain dari yang kebiasaan dalam Lautan Merah....yg tak faham kena belajar atau baca dari buku....tapi dapat kefahaman dari mentor lebih bermakna dalam sanubari..:)